|
|
|
|
|
|
|
Ketika Long sedang membeli barang tahun baru, dia membawa Glider, haiwan kesayangannya, untuk menonton persembahan singa, tetapi Glider terpesona dengan persembahan tersebut dan akhirnya tersesat. Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, Long teringat pada Glider yang
hilang, dan kadang-kadang merasa sedih. Keluarganya masih meneruskan tradisi dan adat istiadat orang Cina di Malaysia dengan meriah dan kaya, hingga hari Chap Goh Mei, tiba-tiba Glider kembali ke rumah, dan Long pun kembali berseri-seri.
Buku ini mengisahkan bagaimana orang Cina di Malaysia meraikan Tahun Baru Cina, dengan menggabungkan asal usul etnik Cina mereka dan budaya moden. Bagaimana pula cara orang Cina di Malaysia merayakan Tahun Baru Cina? Anda akan melihat dalam buku ini makan malam bersama keluarga pada malam tahun baru, serta perayaan menlambung yee sang pada hari ketujuh, orang Hokkien memuja Dewa pada hari kesembilan, dan juga makan malam keluarga pada malam Chap Goh Mei. Ini mungkin merupakan satu-satunya buku
bergambar kanak-kanak yang menceritakan tentang sambutan Tahun Baru Cina orang Cina di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|